Friday, April 4, 2008

Terima kasih semua…..



Jeng, jeng , jeng…Tamat pun tayangan ADRENALIN pada 28 Mac lalu, di kesempatan ini anem menghulurkan rasa jutaan terima kasih pada yang sudi jenguk booth anem dan sudi menonton Adrenalin (walaupun sekejap), sebenarnya dalam ramai-ramai tu ada saja gelagat yang membuatkan anem terhatu melihat mereka memberi sokongan kepada anem. Ada yang sudi datang berkali-kali, ada yang berminat nak Softcopy.Sedangkan satu cabaran besar sebenarnya nak duduk lama mengadap kasil karya yang itu.

Untuk semua team ADRENALIN, arnamee production, Pelakon-pelakon anem tercayang serta semua yang terlibar secara langsung atau tidak.,walaupun banyak halangan yang menjelma, tapi kamu semua tetap tabah,cayalah.Terima kasih yea semua..Cayang korang..=)

Hajar dah berpunyalah....




Ramai yang tertarik melihat aksi comel hajar menerusi adrenalin...Seakan penyeri bagi mereka yang tidak meminati filem bergenre kemanusiaan ini.Almaklumlah cerita ini tidak akan membuat anda menangis,takut mahupun ketawa...TAK AKAN!!jadi pada sesiapa yang mengharap lebih dari tu,MAAFLAh ek...huhu.Walaubagaimanapun kehadiran Hajar dan zana menerusi filem ini seakan penyelamat yang tiada bertepi bagi filem ini,Terima kasih sangat,ramai menonton pun kerana ,"HAJAR COMEL",dan "ZANA BUDAK GRAFIK.."....hai..terima kasih banyak2 taw,kerana sudi berlakon dengan kami yer ,sayang.

p/s;Tapi Untuk pengetahuan semua,Hajar tu dah berpunya...(yang nak kenal tu,jgn geget jari lak :p)

Zana-Aleh teman tapi mesra??




Sejak digandingkan bersama menerusi Adrenalin...kelihatan mereka seakan sering bersama.Tak pastilah kaLau selalu kebetulan ternampak mereka berdua.Tapi Zana memang mudah mesra orangnya,dan Aleh pula kelihatan bersahaja,sesuai gitu.Erm..nak minta penjelasan mereka,masih awal lagi.Takpe,kita nantikan saja perkembangan dari dua merpati sejoli ni ok...semoga ada berita baik daripada mereka....=p

Sunday, March 23, 2008

Para pelakon...

Sebenarnya bukan senang nak memperolehi para pelakon yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pengarah selaku penerbit ADRENALIN ini,namun akhirnya di saat-saat akhir, lahir juga permata yang amat dinanti....
PERKENALKAN..:



dari kiri_Hajar,Fairuz,Aleh..^-^


Lin....(zana oh zana..)..=p

*AKAN DATANG ANEM KENALKAN kREW2 PULAK..=p













Hanya satu permulaan..


Sebuah filem interaktif yang mana anda boleh menonton cerita siapa yang ingin ditonton terlebih dahulu...

Menceritakan tentang tiga orang penuntut Universiti yang saling berkait..
Kisah tentang watak A iaitu Adre(Salleh), watak B iaitu Rina(Hajar), serta watak C iaitu Lin(Zana)..

Saksikan di Balai Pesiban Agung,Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia pada 24-28 mac 2008 dari jam 9 pagi hingga 5 petang..=)....